Tuesday, May 31, 2011

Kek Puding Karamel



puding kurang cantik dan pecah-pecah tapi still sedap...ain guna susu segar 200 ml jer sebab susu segar habis stok...hheheh..nasib baik jadi n rasa dia sedap...:)


ain nih bole dikatakan rajin gak la g jenguk blog masakn...sebab teruja tengok masakan,kek dan macam2 lagi yang diaorg buat...banyak gak ain salin resepi dari blog-blog...salah satunya kek puding karamel nih..blog yang ain biasa terjah ialah hanamemories...kat sini ain sertakan  skali resepi nya...




KEK PUDING KARAMEL
sumber:Hanamemories



Bahan-bahan

Karamel
  • 60g gula
  • 2 sudu besar air
Puding
  • 2 biji telur
  • 400ml susu cair@segar
  • 35g gula
  • sedikit esen vanila
Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan
  • 20ml air 


Cara-cara
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
  2. Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
  4. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
  5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
  6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  9. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
  10. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  11. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.



8 comments:

  1. resepi kite mcm berbeza sket,
    sbb tu hasil pun xsame yek,
    ingtkan resepi kek karamel ni sama je..

    ReplyDelete
  2. sukatan jer berbeza kot kak...tapi cm akak punya kek karamel,guna loyang empat segi ngam masuk..kalau resepi nih gunaloyang 4 segi x smapai ke hujung la jawab nya...:)

    ReplyDelete